Gangguan Neurologi semasa Hamil
Pengenalan
Gangguan Neurologi merangkumi penyakit-penyakit sistem saraf (termasuk otak, saraf
tunjang dan semua saraf periferi).
Gangguan Neurologi kerap kali berlaku di kalangan penduduk dan di kalangan kaum
wanita dalam kelompok umur pembiakan atau reproduktif. Kehamilan boleh mencetus
dan memburukkan lagi beberapa masalah keabnormalan neurologi tertentu.
Masalah biasa
Sakit kepala
Masalah ini sudah menjadi rungutan biasa ketika hamil. Selalunya sakit kepala ini
dicetuskan oleh ketegangan (sebab itu ia dipanggil sakit kepala ketegangan). Ia
berlarutan hingga beberapa jam. Ia dicirikan oleh:
• Terasa sakit dan tegang di bahagian belakang kepala dan tengkuk.
• Terasa sakit yang akan hilang bila berehat, menuam dengan sesuatu yang
panas atau sejuk, diurut, mengambil ubat anti-keradangan atau ubat penenang
yang ringan.
Jika usaha-usaha diambil untuk mengatasi tekanan perasaan/stres, ia akan mencegah
keadaan ini dari berulang.
Sakit kepala Migrain
Migrain paling biasa berlaku ketika hamil kerana ia begitu mudah menyerang golongan
wanita yang berada dalam lingkungan umur boleh mengandung. Hormon yang terhasil
ketika mengandung akan mencetuskan serangan. Terdapat 4 jenis sakit kepala Migrain:
• Migrain biasa - selalunya di sebelah kepala sahaja (unilateral) dan berpanjangan
sehingga beberapa jam. Ia diikuti dengan loya, muntah dan kulit kepala terasa
lembut. Selalunya terdapat sejarah keluarga yang menghadapi masalah yang
sama.
• Migrain Klasik - menunjukkan gejala yang sama seperti di atas. Ia biasanya
didahului oleh masalah saraf yang lain seperti rayan (halusinasi).
• Migrain Basilar - termasuk gejala seperti Vertigo (terasa berpusing-pusing
seolah-olah persekitaran atau pesakit itu berada dalam satu gerakan yang
berterusan), Disartria (gangguan percakapan di mana sebutan menjadi tidak
jelas) dan Diplopik (penglihatan berganda).
• Migrain kompleks - melibatkan gejala neurologi yang lebih serius.
1
Diagnosis Migrain melibatkan ujian dan pemeriksaan berikut:
• Mengambil sejarah pesakit dan melakukan pemeriksaan yang lengkap.
• Menjalani pemeriksaan menggunakan pengimbas CT atau MRI (Magnetic
Resonance Imaging).
• atau mengambil EEG (elektroensefalogram) ketika terjaga atau tidur.
Rawatan bagi migrain yang akut di kalangan pesakit yang hamil adalah sama seperti
pesakit yang tidak mengandung. Mereka boleh diberi ubat seperti Aspirin, Parasetamol
dan lain-lain. Ubat Ergotamine TIDAK boleh diberikan semasa mengandung kerana ia
mencerutkan saluran darah dan seterusnya memberi kesan pada pengaliran darah ke
rahim dan uri. Ubat atau dadah antikeradangan bukan-steroid (NSAIDs) juga perlu
dielakkan terutama di trimester terakhir kehamilan.
Masalah jarang berlaku
Pendarahan subaraknoid (pendarahan ke dalam ruang subaraknoid yang mengelilingi
otak).
Berlaku kira-kira 1 dalam 75,000 kehamilan.
o
Dicirikan oleh serangan sakit kepala secara tiba-tiba, perubahan
o
penglihatan dengan kekejangan leher, paras sedar terganggu, loya,
muntah dan fotofobia.
Boleh berlaku apabila aneurisma (bengkakan seakan-akan belon yang
o
timbul pada dinding arteri) pecah di dalam otak, angioma telah pecah
atau kecacatan bentuk arteriovena yang merupakan simpulan saluran
darah yang menggelembung. Saluran darah ini menutupi dan menekan
permukaan otak.
Diagnosisnya boleh disahkan melalui pengimbasan CT atau mengesan
o
cecair Serebrospina yang mengandungi darah yang boleh diperolehi
melalui satu prosedur yang dipanggil Punktur Lumbar.
Rawatan terdiri dari, berehat di tempat tidur, ubat penenang dan
o
analgesia. Doktor kadangkala mengesyorkan pembetulan melalui
pembedahan. Terapi ini tidak boleh diketepikan dari pesakit semata-mata
atas alasan mengandung.
2. Strok atau angin ahmar (Iskemia - disebabkan pengaliran darah ke sebahagian
otak yang tidak mencukupi).
Berlaku 1 dalam 7000 - 11,000 kelahiran.
o
Boleh berlaku akibat tekanan darah tinggi, Diabetes, kolesterol tinggi,
o
penyakit Sel Sabit (sejenis penyakit darah keturunan), penyakit Jantung
Reumatik, Septisemia (keracunan darah) dan merokok.
2
Pesakit akan mengalami sakit kepala yang datang secara tiba-tiba,
o
Hemiplegia (lumpuh sebelah badan) atau lain-lain masalah dalam otak
atau serangan sawan yang baru.
Ujian-ujian yang dilakukan adalah seperti kiraan sel darah lengkap, kadar
o
pengenapan, Profil Lipid Serum, ECG atau Ekokardiogram dan
pengimbas CT kepala atau Angiografi Serebral, sekiranya didapati perlu.
Rawatan adalah seperti berehat, ubat Analgesia, Aspirin, Heparin.
o
Pembedahan Ceasarean hanya dilakukan atas sebab-sebab masalah
sakit puan sahaja.
3. Trombosis Sinus Vena Serebrum
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh trombus (bekuan darah yang
o
terdapat sepanjang dinding saluran darah di dalam otak yang seringkali
menyebabkan saluran tersebut tersekat).
Pesakit mengadu sakit kepala yang amat sangat, terasa
o
mengantuk,terkeliru dan mungkin diserang sawan, tekanan darah tinggi
atau Papiloedema (kebengkakan pada cakera optik).
Diagnosis dibuat menggunakan peralatan pengimbas CT atau Angiografi.
o
Rawatan meliputi pemberian ubat seperti Mannitol atau Dexamethasone
o
(untuk mengurangkan sembab atau Edema Intrakranium) dan ubat anti
sawan jika berlakunya serangan sawan. Heparin akan diberi jika
berlakunya pendarahan.
4. Kanser atau Malignansi
Kanser Intrakranium merupakan 10% dari semua kematian ibu
o
mengandung.
Kanser boleh berlaku ketika hamil atau perubahan-perubahan fisiologi
o
kehamilan yang berjaya mengaruhkan beberapa gejala ke atas
tumor/ketumbuhan yang dahulunya tidak menimbulkan sebarang gejala.
Gejalanya termasuk sakit kepala, muntah, perubahan pada paras sedar,
o
sawan dan tekanan darah tinggi. Papiloedema mungkin juga wujud.
Diagnosis boleh dibuat dengan melakukan pengimbasan CT atau
o
pengimejan MR (MRI).
Rawatan bergantung pada sama ada tumor tersebut boleh dibedah
o
ataupun tidak. Jika sesuatu tumor itu ditakuti boleh merebak dengan
cepat atau boleh menimbulkan beberapa komplikasi neurologi seperti
sawan, maka pembedahan perlu dilakukan tanpa ditangguhkan lagi. Jika
sebaliknya, di mana gejala hanya ringan dan lambat merebak ia mungkin
dirawat sepenuhnya selepas bersalin.
3
5. Serebri Pseudotumor
Keadaan ini dicirikan oleh peningkatan tekanan Intrakranium,
o
Papiloedema dan sakit kepala tanpa keabnormalan neurologi tertentu.
Penyebabnya tidak diketahui.
o
Kebanyakan kes terjadi di kalangan wanita gemuk yang berada dalam
o
peringkat umur boleh mengandung.
Pesakit ini perlu dipantau dengan beberapa siri ujian medan penglihatan
o
dan ujian Akuiti (ketajaman).
Rawatan boleh diberi dalam bentuk pelaksanaan prosedur Punktur
o
Lumbar, pirauan (shunting) dan memberi ubat Kortikosteroid.
6. Sklerosis multipel
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang melemahkan sistem saraf pusat
o
bahagian jirim putih (white matter). Penyakit ini dicirikan oleh keradangan
yang kronik, demielinasi pilihan (pemusnahan pada sarung mielin saraf)
dan parutan.
Penyakit ini boleh berlaku serentak dengan kehamilan.
o
Gejalanya seperti terasa lemah, Hiperrefleksia (refleks berlebihan),
o
Paraestesia (keabnormalan pada kederiaan sentuh), Hipoestesia
(penurunan kederiaan sentuh yang abnormal), Ataksia (kegagalan
penyelarasan otot ), hilang penglihatan, Diplopia (penglihatan berganda)
lumpuh saraf muka, vertigo (lihat di atas), cemas dan gangguan
pembuangan air kecil dan air besar.
Diagnosis boleh dilakukan melalui pemeriksaan cecair Serebrospina dan
o
Pengimejan MR (MRI).
Bagi kes-kes yang lebih serius, semua ubat yang digunakan untuk
o
merawat penyakit ini boleh diteruskan semasa hamil. Ubat-ubat tersebut
seperti Hormon Adrenokortikotrofik (ACTH), Glukokortikoid atau ubat
Penekan Sistem Imunan (immunosuppressive drugs).
7. Miastenia Gravis (kelemahan otot yang keterlaluan)
Masalah ini dicirikan oleh keletihan yang mudah berlaku pada otot-otot
o
muka, Orofaring (bahagian bawah faring di belakang mulut dan di atas
Esofagus dan Larinks), Ekstraokular (di luar kawasan mata) dan anggota
(tangan/kaki).
Kaum wanita lebih mudah diserang penyakit ini berbanding dengan kaum
o
lelaki. Penyakit ini memuncak pada pertengahan umur 20an dan 30an.
4
Wanita mengandung yang mendapat penyakit ini di peringkat sederhana
o
selalunya cuma memerlukan rehat yang cukup sahaja dan elakkan dari
melakukan kerja-kerja yang berat. Bagi kes yang lebih serius rawatan
perubatan mungkin diperlukan.
Pelahiran dan kelahiran perlu diteruskan seperti biasa kerana penyakit ini
o
tidak melibatkan otot-otot licin.
8. Distrofi Miotonik (gangguan serat-serat otot yang menyebabkan pengecutan
berpanjangan yang luarbiasa)
Keadaan ini dicirikan oleh kekakuan otot, perubatan otot muka, leher dan
o
kaki yang berterusan dan katarak.
Perubahan rupa (roman) pesakit - kelopak mata terjatuh, kesusutan otot
o
di bahagian sisi kepala (temporal), kelemahan dan gangguan di bahagian
mulut - lemah dan susut (atropi) otot-otot kecil tangan dan kesukaran
untuk bernafas dan membuang air besar.
Pesakit yang menghidap penyakit ini berisiko tinggi mendapat komplikasi
o
kehamilan seperti Polihidramnios (berlebihan cecair Amnion dalam rahim),
lahir sebelum cukup masa (kelahiran berlaku sebelum tempohnya),
pelahiran disfungsi (proses pelahiran yang terlalu perlahan yang akhirnya
perlu dibantu atau dilakukan pembedahan Caesarean) dan pendarahan
Postpartum (pendarahan melalui faraj selepas bersalin).
Gejala di pertengahan akhir kehamilan selalunya serius tetapi menjadi
o
bertambah baik selepas bersalin)
Penyakit ini boleh berpindah dari satu generasi ke satu generasi, kerana
o
ia adalah sejenis penyakit "autosomal-dominant" (yang berkaitan dengan
kromosom).
Kecederaan saraf tunjang
• Pada amnya, wanita yang berada dalam lingkungan umur pembiakan atau
reproduktif yang mendapat kecederaan saraf tunjang biasanya dapat melalui
masa hamilnya dengan baik. Walau bagaimanapun mereka mungkin akan
menghadapi masalah membuang air besar atau lepuh tekanan di kulit dan juga
mudah mendapat jangkitan saluran kencing.
• Bagi sesetengah kes kecederaan saraf tunjang ini, kelahiran biasa melalui faraj
boleh dilakukan kerana kekuatan rahim untuk menolak keluar kepala bayi masih
ada dan mencukupi. Selepas itu, kelahiran ini boleh dibantu. Jika pembedahan
Ceasarean diperlukan, bius di bahagian berkenaan akan dijalankan.
5
Tidak ada komentar:
Posting Komentar